Monday, June 30, 2008

<<< DuGaaN >>>

Aku benar-benar tidak pasti mengapa hatiku begitu resah hari ini.Resah menantikan keputusan biasiswa yang telah aku minta pada semester lepas.Sedang aku leka membaca blog seorang kawan,tiba2 tone mesej telefonku berbunyi.Degupan jantung semakin kencang.Aku terfikir mungkin ini mesej dari kawan sekelasku.Tepat sekali apa yang terlintas di benak fikiranku.

" Result scholar dh kuar kt website!"
Betulkah apa yang aku baca ni?aku membacanya berkali-kali dan terus melayari laman web tersebut.Aku telah berfikir perkara yang bukan-bukan.Perlahan-lahan aku mencari "item" tersebut dan dengan telitinya aku menyemak senarai nama yang tersenarai atas kertas putih pada skrin laptopku.Ya Allah,benarkah semua ini?air mataku berlinangan,seolah-olah tidak percaya dengan senarai nama yang telah terpampang pada ruangan skrin itu.Namaku tidak tersenarai dalam calon yang berjaya untuk mendapat tawaran biasiswa itu!Aku terfikir sejenak sambil air mata membasahi pipi.Aku bermonolog sendirian."Apa yang menyebabkan aku tidak layak untuk mendapat biasiswa itu! setahu aku,dengan syarat2 permohonan yang telah diminta itu,layak untuk diriku memohon dan aku telah pun menduduki ujian kelayakan dan temuduga.Tapi mengapa?????

Tiba2 aku berasa berada dalam dakapan.Rupanya ibu yang mendakapku!Sayu aku melihat wajah ibu.Mungkin harapan yang telah aku & ibu harapkan sebelum ini telah hilang.Aku percaya,ibu memang seorang yang tabah & redha menghadapinya.Dulu,semasa kepulangan ayah ke rahmatullah,ibu tabah dan redha menghadapinya walaupun mungkin di sudut hati kecilnya ada terselit kesedihan..Inikan pula perkara yang sekecil ini.Ibu tersenyum lalu membisikkan di telingaku."Mungkin ini bukan rezeki kamu.Kita hanya merancang dan Allah itu sebaik perancang.Mungkin ada hikmah yang tersirat di sebaliknya.Kita kena redha dengan dan terima dengan hati yang terbuka dengan apa yang telah 'tertulis' untuk diri kita".

Kata-kata ibu itu,membuat aku sedar dan berfikir lagi.Aku fikir sedalam-dalamnya.Ya,benar sekali...Untuk apa aku hendak bersedih sampai tidak boleh untuk menerima kenyataan seperti orang yang tiada iman?Diriku masih lagi punyai iman.Mungkin tahap keimanan aku berada di tahap yang paling rendah yang membuaatkan aku berasa begitu.Bukan untuk menafikan kesedihan yang melanda,tapi kesedihan itu perlu ada batasnya.Aku telah temui jawapan ! Allah telah lama dan banyak memberi kesenangan untuk diriku sebelum ini.Mengapa dengan secalit ujian dan dugaan ini,aku tidak boleh sabar menghadapinya?Sedangkan Ummul Mukminin pada zaman rasulullah telah diuji dengan ujian yang lebih hebat! Mengapa mereka boleh tabah dan sabar menghadapinya dan aku tidak???

*** Ya Allah,maafkan diriku yang hina ini...Kuatkanlah imanku menghadapi segala ujian dariMU!Ameen Ya Rabb.

1 comment:

adhwa nadirah (mrs.najib) said...

salam...
dalam meniti kehidupan, tidak semuanya yang kita impikan...tidak semuanya indah...
pastinya di setiap kejadian yang berlaku mempunyai hikmah...
bersabarlah wahai sahabatku...
Allah maha mengetahui hamba2-Nya...
jangan jemu untuk terus berdoa...