Tuesday, December 16, 2008

<<< New BloG >>>

Salam...kepada semua pengunjung,blog sy telah bertkar kepada blog yang baru krn ada beberapa mslh yg x dpt dielakkan..sila ke blog baru saya di alamat http://syazawardah.blogspot.com/.
Selamat Berkunjung ke Teratak Baru Saya ;)

Monday, December 8, 2008

<<< RiNdU >>>


Salam eidul adha buat semua..Sambutan eidul adha kali ini benar2 hambar bagi diriku.Tidak seperti tahun2 lalu kerana tahun ini aku beraya tanpa 2 insan tersayang.. Ayah pergi mengahadap Ilahi manakala ibu pula pergi menyahut seruan haji di Tanah Suci. selepas solat subuh,aku ke pusara ayah..Tak tertanggung rindu dalam diri buatmu..Setelah pulang dari pusara ayah,saya siapkan diri untuk menunaikan solat sunat hari raya. Seusai solat,saya terus pulang ke rumah. Bosan pun ada sebab dah tak tau apa yang perlu dibuat. 1 jam kemudian,telefon berdering,tertera di skrin " My Heart calling "... Ya Allah, sukanya saya.. Ibu menelefon saya untuk mengucap selamat hari raya..Tanpa disangka,air mata jatuh berderai membasahi pipi..Mungkin disebabkan diri ini terlalu merinduimu ibu..Sempat juga meluahkan perasaan pada ibu..Tapi tak lama sebab kos panggilan sgt mahal..Walaupun tempoh masa agak singkat untuk bercakap dengan ibu,tapi saya sangat teruja dan gembira.Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika bercakap dengan ibu. Saya sentiasa menghitung hari menanti kepulangan ibu...Dah tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan ibu.. 'MUM..I'm Waiting 4 U..'
*** Saya percaya,rindu pada 2 insan yang tercinta ini tidak akan dapat ditukar ganti..

Saturday, December 6, 2008

<<< SaLaM EiDuL aDHa >>>






Salam Eidul Adha buat bonda tercinta yang sekarang ini berada di bumi Makkatul Mukarramah..Semoga mendapat haji yang mabrur.. Tak di lupakanjuga pada kawan2 yang mengenali diri ini serta pelawat2 yang mengunjungi blog saya yang x seberapa ini.. sempena hari raya eidul adha yang juga dikenali sebagai hari raya 'korban', saya menyeru pada diri saya sendiri dan kawan2 agar korbankanlah segala perangai2 dan tabiat2 buruk yang ada pada diri kita dan perbaiki agar diri kita sentiasa ada kemajuan fiidaaraini( duniawi & Ukhrawi)..
*** TINGKATKAN PENGORBANAN,SUBURKAN KEIKHLASAN... :)





Wednesday, November 26, 2008

<<< AdViCe >>>

The Perfect Advice

Perfection is a GREAT achivement but as humans we can never be perfect. Some people might want to share their knowledge of how to improve ourselves.This sharing might not always be pleasant. Our job is simply to lend an ear and listen. Even if the advice comes in a negative manner,take it positively. A true friend is not the person who is always there enjoying with you. It is him or her who gives advice and guides you in the right path and caring for your goodness in this world and in the Hereafter.

There are people around us who might not be as good as ourselves. It is our duty to inform them for they are our brothers and sisters in Islam. We might feel intimidated to approach them but it s our duty to guide them for they will ask us on the Day of Judgment what good we did to them... When the right time comes, we have to give this advice in a positive,caring and motivating way.. Begin with the good character they possess and continue to add how they can improve it if they prevented certain unhealthy actions...

Sunday, November 23, 2008

<<< TaNaH SuCi >>>

Sudah lama rasanya tidak 'update' blog ni kerana kesibukan tertentu menghalang diri ini untuk online dan menghadap laptop... Menolong ibu mengemaskan barang2 untuk berangkat ke Tanah Suci Makkatul Mukarramah....

Kehangatan bulan Zulhijjah kian terasa...Ia mengingatkan kita tentang sejarah pengorbanan nabi Ibrahim A.s terhadap anak kesayangannya iaitu nabi Ismail A.s... Ia juga memberi seribu pengertian dan kegembiraan kepada jemaah haji 1429H yang mengerjakan tuntutan agama dan rukun islam yang ke-5 iaitu mengerjakan ibadah haji kerana impian yang telah lama tersimpan tiba juga akhirnya... Seronok tidak terhingga dan tidak dapat digambarkan apabila tiba di Tanah Suci.. Keseronokan apabila tiba di Tanah Suci,tidak sama dengan keseronokan di negara lain. Hal ini terjadi pada diri saya sendiri kerana berdasarkan pengalaman bercuti di negara orang dengan pergi ke Tanah Suci,saya rasakan ianya sangat berbeza.. Mungkin ini disebabkan berkatnya Tanah Suci itu sendiri dan ianya terpelihara.. Rindu tidak terkata pada tempat tersebut..Semoga impian untuk Ke Tanah Suci itu lagi pada tahun hadapan akan menjadi kenyataan dan dapat dikota.

*** Semoga Jemaah Haji 1429H akan mendapat haji yang MABRUR..









Sunday, November 16, 2008

<<< HaPpY HoLiDaY >>>

To All My FRIENDS,Have a Safe and Happy Holiday Season...:)








Monday, November 10, 2008

<<< HiDup DaLaM BerSyUkuR >>>

BERSYUKURLAH......

Bersyukur kepada orang yang menyakitimu kerana dialah orang
yang tabahkan hatimu...
Bersyukur kepada orang yang menipumu kerana dialah orang
yang tingkatkan pengetahuanmu...
Bersyukur kepada orang yang tidak menghiraukanmu kerana dialah
orang yang memupukmu berdikari...
Bersyukur kepada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah
orang yang memperhebatkan abilitimu...
Bersyukurlah dengan REZEKI dan UJIAN daripadaNYA kerana DIA lah PENCIPTAmu

Thursday, November 6, 2008

<<< DeLiciOuS >>>





I wish i can get these chocolates again for the next time...So Delicious !!!...










Tuesday, October 28, 2008

<<< HoW MuCh ArE We MiSsinG >>>


In the name of Allah,the Most Merciful, the Most Gracious...


" I have put my trust in God, my Lord and your Lord. There is not a moving creature but He has the grasp of its forelock. Verily, my Lord is on the Straight Path ( the truth )" [11:56]
Everyday when we are up and ready,living our day to day lives,all of us have definitely come across these miniature beings lining up after the other, ardently toiling to carry food to their nest. But have you ever stopped to wonder what kind of purpose of these tiny living beings might have in working so hard? The ant lifts crumbs much bigger than its body. It carries them to its nest with heart and soul. Did the realization hit you that not only does the ant carry food for itself,but also for other members of its colony,for the queen and baby ants? How such a tiny ant,which does not even have a developed brain, comprehends such diligence,discipline and self-sacrifice?
" And We send the winds fertilizing,and cause water to descend from the sky, and give it to you to drink. It is not ye who are the holders of the store thereof " [15:21]
Imagine it is time for the zuhr prayers and you are on your way to the masjid. It is really hot and there are tiny drops of perspiration glistening on your forehead. You turn around the corner and a long refreshing breeze softly greets you n the face. It uplifts your spirit and energizes your soul. What if Allah hadn't blessed us with this revitalizing breeze? Can you imagine your world so still, the oceans without waves, no rustling of leaves or swaying of trees? The Creator has blessed us with this natural air conditioning system to help us sustain the sweltering heat and go on carrying out our responsibilities with ease and comfort. Little thanks do we give........


Sunday, October 26, 2008

<<< FiNaL ExAm >>>








Sunday, October 5, 2008

<<< BeLaJaR >>>

Hampir seminggu umat Islam menyambut Aidilfitri. Ini bermakna cuti raya yang pihak universiti bagi pun dah habis.. So,dah kena balik hostel dah..sedihnye..:( belum puas lagi untuk menghabiskan masa dengan famili..Lepas cuti ni," final exam is waiting"...takutnye..
Tapi apakan daya,dalam tempoh belajar ni,kena hadapi semua benda2 macam ni..huhu

Monday, September 29, 2008

<<< SaLaM aiDiLfiTri >>>


Saturday, September 27, 2008

<<< IkLaN >>>

Salam...At-10-tion !!! kepada semua mahasiswa2 yang balik beraya kat kelantan,anda dijemput untuk menghadiri jamuan hari raya bersama2 :

Hari : Jumaat
Tarikh : 3/10/2008 ( 3 Syawal 1429 H )
Tempat : Balai Islam Lundang
Masa : 8.30am - 12.30pm

*** Jom kita sama2 memeriahkan majlis tersebut sambil dapat mengeratkan lagi ukhwah
islamiah antara kita...

<<< SelAmAt tinGgaL >>>

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari saja lagi..Ia akan pergi meninggalkan kita yang belum pasti lagi kita akan menemuinya kembali pada tahun hadapan. Ada insan2 yang gembira dengan pemergian Ramadhan kerana 'mereka' akan dapat makan & minum seperti biasa pada waktu siang dan pantang larang pun sudah habis.. Tetapi, ada juga insan2 yang sangat sedih kerana Ramadhan bakal pergi. Mereka sangat mengharap agar Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum2nya.. Terlalu sedih untuk meniggalkan Ramadhan..kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan digandakan ganjarannya..tetapi apakan daya,masa sangat pantas berlalu..Ramadhan akan tetap meninggalkan kita.. Jadi,biarlah Ramadhan yang hanya tinggal 3 hari lagi,kita tingkatkan lagi dengan amalan2 yang bermanfaat untuk diri kita sebagai bekalan sebelum menuju ke negeri Akhirat. Ya Allah,ya tuhanku semoga aku masih lagi diberi peluang untuk menikmati keindahan pada masa2 akan datang...

Friday, September 26, 2008

<<< BaLiK KaMpUnG >>>

Seronok sangat hari ni..exam midterm dah habis..Lagi pun,hari ni gak dapat balik kampung halaman jumpa dengan keluarga tercinta untuk merayakan Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa hari saja lagi..Cuti raya hanya seminggu,tapi tak mengapa.. InsyaAllah saya akan manfaatkan masa dengan sebaik mungkin.. Lepas cuti raya ni,kena balik ke kampus.. Lagi la pening & serabut sebab final exam akan bermula 2 minggu kemudian..Takutnye..!!! Tapi RAYA tetap RAYA...hehehe...:)

Friday, September 19, 2008

<<< SeDiH >>>

Hari ni sedih sangat..Semalam tidur pukul 3 pagi sebab nak kena siapkan pembetulan individual assignment untuk leadership yang mula pukul 8am tadi..Lepas sahur sambung lagi.. Bila tiba masa untuk hantar,trainer "reject"..huhuhu..x tau la nape...Mungkin dugaan & ujian bulan Ramadhan ni..:(

<<< LaiLaTuL QaDaR >>>


Seadar atau tidak,kita sudah dh nk masuk minggu terakhir Ramadhan iaitu minggu yang digembar-gemburkan dengan Malam Lailatul Qadar.Mungkin minggu terakhir ini juga la bagi sesetengah insan ingin membuat persediaan yang rapi untuk menyambut hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi..
Mana satu perkara yang lebih penting untuk membuat persediaan yang rapi?? adakah sukaria yang kita akan hadapi lebih kurang seminngu lagi atau sukaria yang akan berkekalan hingga ke negeri sana..Saya tidak menafikan,mungkin perkara seperti menghidupkan malam Lailatul Qadar agak susah bagi mereka yang tipis imannya. Mereka tidak memikirkan ganjaran besar yang akan mereka perolehi. Mereka hanya menghabiskan masa dengan perkara yang lalai sementara menunggu sahur.. Apa yang saya katakan ini,berlaku depan mata saya sendiri..Nau'zubillah..minta dijauhkan agar saya tidak tergolong dalam golongan 'mereka'.
Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang agung bahawa Lailatul Qadar itu lebih baik dari 1000 bulan.Jadi,tidakkah kita terfikir untuk rebut "peluang keemasan" ini yang ketibaannya hanya setahun sekali dan belum tentu kita boleh mendapatnya setiap tahun melainkan mereka yang terpilih dan dipilih oleh Allah sahaja. Andai ini Ramadhan terakhir untuk kita,tidakkah kita merasa sangat rugi??Agak mustahil bagi kita umat nabi Muhammad saw untuk hidup sampai 1000 tahun. Amalan yang kita lakukan sebelum ini pun,belum tentu lagi nilainya seperti kita beribadah selama 1000 bula.
Jadi,dikesempatan yang ada,saya mengingatkan diri saya yang sentiasa lalai dan kawan2 diluar sana agar dapat merebut Lailatul Qadar yang bakal tiba dengan mendekatkan diri lagi kepada yang Maha Pencipta.

*** Andai Ramadhan kali ini adalah yang terakhir bagi kita,tidakkah kita merasa sangat rugi???

Friday, September 12, 2008

<<< Ke NASOM >>>


Pada hari Rabu 10/9,saya dan kawa2 pergi melawat ke Nasom iaitu tempat di mana budak2 "Autism" ditempatkan.Pergi pon sebab nak kena siapkan assignment yang telah diberi..klo x,x tau la sampai ke x:)..Pada permulaan,agak seronok kerana dapat la lihat sendiri macam mana behaviour kanak2 autism ni kerana dalam kelas hanya belajar teori sahaja..Bila sampai kat tempat tu,kami berbual dengan cikgu Liza yang dah lama berkhidmat di situ..Kata cikgu Liza, 70% orang yang kerja kat situ adalah sukarelawan kerana Nasom adalah di bawah NGO.
MasyaAllah..hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana untuk berhadapan dengan kanak2 istemewa ini yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana penyakit Autism ini dikategorikan sebagai OKU.Saya hanya melihat kerenah2 kanak2 disitu..Adakalanya guru2 disitu bertindak tegas dengan pelajarnya kerana mereka sukar untuk memahami arahan dan lambat bagi mereka untuk mentafsir arahan yang telah diberikan.
Setelah pulang ke bilik,saya terfikir dan bemonolog sendirian.sekiranya saya ditempatkan di tempat yang sebegitu untuk menolong kanak2 yang istimewa ini,adakah saya boleh melaluinya dengan baik??? Sungguh diri ini agak tipis dalam kesabaran..:( Saya sendiri tidak tahu mengapa.Mungkin disebabkan kecetekan ilmu yang ada dalam diri ini.Walhal,hakikatnya,Sabar itu separuh daripada IMAN...
*** Ya Allah,berikanlah kesabaran dan kecekalan untuk diriku menghadapi liku2 hidup..

Saturday, September 6, 2008

<<< RaMadHaN MuBaRak >>>

Marhaban Ya Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci ini kerana mengharapkan agar hati dan jiwa raga kita diasah dan diasuh, dilatih dan ditarbiyyah serta dinaiktaraf dan diiktiraf. Belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat memasuki madrasah Ramadhan ini dan semoga keluar darinya segala dosa-dosa kita dan diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua. Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Ramadhan Kareem dan selamat beribadah dengan penuh keikhlasan saya ucapkan buat semua tetamu ziarah yang budiman sekalian!
Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Imam Al-Bukhari).

Wednesday, August 20, 2008

<<< MeRdEkA >>>


Sudah sinonim dalam kehidupan kita,apabila tibanya bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan,kita dapat lihat ramai 'manusia2' yg ingin mengagung2kan bulan ini. Ramai yang mula memasang bendera pada kereta mereka. Mungkin ingin menunjukkan semangat patriotik pada negara...Tidak salah menyintai negara..malah ia adalah separuh drpd iman...
Selepas belajar subjek tilawah,saya terus pulang ke bilik dan memasang radio IKIM.FM.. Kebetulan masa saya pasang radio tu,slot tazkirah yang bertajuk "merdeka dalam Kemerdekaan" dan diahiri dengan persoalan membuatkan saya terfikir sejenak. Ada benarnya apa yang telah diberitahu oleh ustaz tersebut...Masyarakat kita hanya merdeka dari segi material sahaja hanya segelintir kumpulan sahaja yang betul2 menghayati erti kemerdekaan..Tahun demi tahun negara kita Malaysia menyambut kemerdekaan.Tetapi mengapa kes jenayah dan seumpamanya makin berleluasa???
Sepatutnya,apabila merdekanya sesuatu masyarakat itu,seharusnya mereka lebih terurus dan cemerlang dalam semua bidang..Kita sekarang ini seolah2 ingin kembali semula ke zaman purba kala. Hal ini berlaku disebabkan ramai di kalangan masyarakat kita meminggirkan agama dalam mengaplikasikan sesuatu perkara. Mungkin bagi mereka tak ikut peredaran zaman.Tapi,tidakkah mereka fikir yang islam mmg sesuai untuk semua masyarakat...Dulu..Kini dan sehinggalah tibanya hari kiamat...Sekiranya semua orang mengamalkan nilai2 islam dalam segala aspek,mungkin mereka akan betul2 Merdeka !
*** Adakah Diri,Iman & Akhlak kita betul2 MERDEKA ???

Thursday, August 14, 2008

<<< CeRmiN DiRi SEnDiRi >>>


Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:


"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim
Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:
"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".
"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".
Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.
Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.
Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

<<< IsLaM >>>

ISLAM..........ISLAM..........ISLAM..........



What do you know about it???!!
Islam is a way of life, try it.
Islam is a gift, accept it.
Islam is a journey, complete it.
Islam is a struggle, fight for it.
Islam is a goal, achieve it.
Islam is an oppurtunity, take it.
Islam is not for sinners, overcome it.
Islam is not a game, DON'T PLAY with it.
Islam is not mystery, behold it.
Islam is not for cowards, face it.
Islam is not for the dead, live it.
Islam is a promise, fulfill it.
Islam is a duty, perform it.
Islam is a treasure(the prayer), pray it.
Islam is a beautiful way of life, see it.
Islam has a message for you, hear it.
Islam is love, love it.
Remember my brothers and sisters that we have so much to be thankful forNo matter wot they say ISLAM is the worlds fastest growing religion.
MAY ALLAH BLESS US....INSYA ALLAH..


Wednesday, August 6, 2008

<<< SeNyuM >>>

Ketahuilah...apabila kalian memberi senyuman di saat hatimu penuh dengan duka nestapa, sesungguhnya kalian sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan.. Jangan lokek untuk memberi senyuman kerana di dalam diri kalian ada kekuatan dengan tersenyum,tetapi jangan pula kalian memaksa diri untuk memberi senyuman kerana senyuman itu ada batasnya..(contohnya,senyuman seorang perempuan kepada lelaki yang tidak dikenali dengan niat untuk menggoda dan sebaliknya)...

*** Senyumlah seikhlas hati dan Senyumlah seperti Rasulullah yang bersinar dengan cahaya...
Senyumlah kita hanya kerana Allah... Kerana itulah senyuman bersedekah...

Tuesday, August 5, 2008

<<< SaYyiDuL iSTiGhFaR >>>


Saturday, August 2, 2008

<<< BaRuKu MeNgeRTi >>>

UNDERSTANDING SPECIAL STUDENT NEEDS !

Segala puji yang tak terhingga dirafa'kan kepada Allah, tuhan semester alam..Alhamdulillah aku dilahirkan di dunia ini dalam keadaan yang 'sempurna fizikal' jika dibandingkan dengan sesetengah mereka ada yang kurang sempurna dari sudut fizikal..Ya,'mereka' tidak meminta untuk dilahirkan sebegitu.Tp Allah itu Maha Bijaksana! Setiap ciptaanNya,ada hikmah yang tersirat.

Subjek "understanding special student needs" merupakan subjek wajib yang perlu saya ambil untuk semester ini. Apa yang saya tau tentang orang OKU selama ini,agak terbatas. Setelah mendapat penerangan dari pensyarah,baru aku tahu,rupa2nya,ada banyak lagi cabang " disability" yang terdapat dalam dunia ini contohnya,autism,dyslexia,visual impairment,slow learner & so on..(ni scientific nyer nama la :P)

Apa yang "best" pasal subjek ni adalah,aku dapat tau macam mana untuk mengendalikan 'manusia istimewa' di sekolah suatu hari nanti dan boleh juga untuk aku aplikasi dalam kehidupan sekarang ini.Sekurang2nya tidak lah aku menyakiti hati mereka ataupun dalam erti kata lain meminggirkan mereka daripada masyarakat sekeliling.Setelah banyak input yang aku dapat tentang OKU,barulah aku mengerti apa yang mereka alami.

*** Mereka juga manusia ciptaan Allah yang mempunyai hati & perasaan. Walaupun dari segi ciptaan mereka agak 'lain' daripada manusia normal,tetapi AKHLAK sesetengah mereka lebih mulia daripada akhlak sesetengah mereka yang normal.

Sunday, July 27, 2008

<<< AmaLkaN >>>

Saturday, July 19, 2008

<<< SiBuK >>>

Sudah lama rasanya tidak menjengah blog ini apatah lagi untuk menulis entri baru. Kesibukan yang aku alami beberapa minggu yang lalu terutamanya minggu utk "meng-add&drop"subjek, menyebabkan aku memang tidak punya masa untuk menjengah blog ini.Kesibukan memang mengajar aku untuk benar-benar menghargai masa walaupun sesaat. Moga-moga kesibukan yang Allah beri kepadaku ini (mungkin untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan nilai masa kepadaku) dapat aku memanfaatkannya dengan pekara-perkara yang berfaedah dan agar aku tidak melupaiNya dalam ke'sibukan' duniawi ini.Na'uzubillah... Moga-moga aku tidak tergolong dalam orang-orang yang lalai untuk mengingati Al-Khaliq !

Thursday, July 10, 2008

<<< Ya Allah Ya RaBBi >>>


Jika dosa-dosaku adalah besar dan banyak…Ampunilah..Aku mengetahui bahawa ampunanMu lebih besar dari segalanya.Sekiranya engkau hanya mengampuni dosa-dosa orang yang baik,kepada siapa orang yang telah banyak melakukan dosa ingin meminta pelindungan dan mengharapkan kemaafan? Aku tahu dalam asma'Mu terkandung perkataan Al-Rahman & Al-Rahim yang menunjukkan engkau sememangnya pemurah untuk memberi kemaafan kepada hambaMu yang bertaubat..Aku berdo’a kepadaMu Rabbi dengan tunduk dan patuh sebagaimana yang telah Engkau perintahkan.Jika Engkau menolak kedua tanganku, lalu siapa lagi yang sanggup dan boleh merahmatiku?Ya Rabbi, senjataku hanyalah air mata dan doaku tidak mempunyai apa-apa selain harapan…Dan indahnya rahmat kemaafan yang telah engkau berikan serta nikmat Iman dan Islam kepada diriku.Semoga nikmat yang telah engkau anugerahkan itu akan berkekalan sehingga aku menghembuskan nafas yang terakhir dengan kalimah "LAILAHA ILLA ALLAH...MUHAMMAD RASULULLAH"... Ameen..

Wednesday, July 9, 2008

<<< DoA MenJaDi OrAnG Yg SaBaR >>>



*** Amalkan doa ini selalu supaya mudah-mudahan kita akan tergolong dalam golongan orang yang sabar.Ameen...

Saturday, July 5, 2008

<<< BuaTmu SeRikAnDi CinTa AllaH >>>

Assalamualaikum.....



"KEPADA SI MAWAR IDAMAN,KU DOAKAN KAU MEKAR DITAMAN,DIAKARI RASA BERTUHAN,DIHIASI HARUMAN AKHLAK DAN IMAN,KERANA ITULAH UKURAN JELITANYA SEORANG WANITA,WAHAI TEMAN...."



Siapalah aku untuk menasihatkan dirimu "wanita akhir zaman" kerana aku jua sepertimu memiliki rasa yang sama dan fitrah semula jadi yang sama.Lemah lembutnya kita bukanlah diskriminasi PENCIPTA namun inilah tanda kasih sayangNya terhadap kita yang lemah...


Namun dalam kelemahan ada kekuatan yang tidak mampu ditandingi kaum gagah Adam.Allah titipkan hati yang rapuh kepada kita lalu dikuatkannya dengan peringatanNya dari karya agung yang tiada tandingan iaitu Al-Qur'an.Lemahnya kita kerana tidak mampu ke medan jihad namun digantikan tempat yang tinggi buat kita kerana dari rahim-rahim wanita solehahlah lahirnya mujahid-mujahid dakwah perjuang agama yang Haq..


Benarlah kata pepatah "Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan seluruh isi dunia"Diperkemaskan lagi dengan hadith Nabi SAW yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya:"siapakah yang paling berhak untuk aku berbakti?"jawab baginda:"Ibumu!"tanya lelaki itu lagi :"kemudian siapa?"jawab baginda:"Ibumu!"tanya lelaki itu:"kemudian siapa?"jawab baginda :"Ibumu!"tanya lelaki itu lagi:"kemudian siapa?"jawab baginda:"kemudian itu,bapamu!"(HR.Bukhari)


Namun ,tanpa kita sedari golongan kitalah yang paling ramai didalam neraka milik Allah...Inilah yang membuatkan terpanggilnya aku untuk berkongsi apa yang telah ku baca...kerana aku sendiri resah seandainya akulah salah seorang calon penghuni Neraka....kerana bukan mudah buat kita untuk menjadi Serikandi Cinta Allah tika kemodenan dan kepalsuan dunia membuatkan kita lemas didalamnya....


"Mampukah kita menjadi Serikandi Cinta Allah hari ini?"persoalan demi persoalan semua jawapannya ada pada kita berdasarkan panduan yang di tinggalkan oleh junjungan Besar kita Rasulullah SAW iaitu Al-Qur'an dan As-sunnah.


Siapalah kita untuk mengharap syurga Allah,namun sanggupkah kita menerima azab NerakaNya???


Setiap mukminin pastinya menyimpan hasrat yang besar ini memiliki manisnya nikmat Syurga Allah kerana inilah fitrah insani.Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang perkara ini dengan sabdanya:

"Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah Fuqara (orang miskin) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita"(HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain dari keduanya)


Tetapi mengapa ??jika di cartakan pastinya jaguh penjara ataupun pusat serenti adalah lelaki,pembunuh,perogol dan lain-lain begitu sinonim dengan mereka.Adakah hukum Allah tidak adil?diskriminasikah undang-undang dunia?tepat sekali sepertimana yang di tegaskan oleh ulama yang bermaksud:

"Manusia menghukumi secara zahir tetapi Allah menghakimi perkara yang tersembunyi".

Ditegaskan lagi dengan hadith nabi yang berbunyi:Daripada Abu Hurairah RA Berkata:Bersabda Rasulullah SAW,yang bermaksud:"Apabila seorang perempuan solat sehari semalam lima waktu dan berpuasa pada setiap Ramadhan dan memelihara farajnya dari fitnah dan mentaati suaminya nescaya dikata baginya di akhirat kelak :Masuklah kamu ke dalam Syurga dari mana-mana pintu Syurga yang kamu kehendaki".


Lihatlah,betapa mudahnya seorang wanita untuk memasuki syurga Allah berbanding lelaki,sedangkan wanitalah golongan minoriti di Syurga kelak.Janji Allah itu pasti dan benar.


Dari Imran bin Husain dia berkata Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita".(HR.Muslim dan Ahmad)


Maka menjadi kewajipan bagi kita untuk mengenal siapakah yang bakal menghuni neraka dan apakah ciri-ciri mereka supaya virus pemusnah ini tidak tercalit dalam diri kita.Berusahalah untuk menyuntik vaksin Al-Qur'an dan As-Sunnah agar dapat menyedut nyamannya Kasih Allah,masih belum terlewat bagi kita memperbaiki diri selagi nyawa belum sampai ke kerongkong,kerapkanlah mentadabbur ayat-ayat Allah mengenai neraka dan azab yang tersedia didalamnya.


Firman Allah dalam Al-Qur'an:

"Hai orang-orang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat -malaikat yang kasar ,yang keras,yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"(At-Tahrim ayat :6)


Dalam hadith lainnya,Rasulullah SAW menegaskan tentang tanda-tanda wanita penghuni neraka,Baginda bersabda:".....Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka ini telanjang,melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya,kepala mereka seakan-akan bonggol Unta.Mereka ini tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian".


*** "Wanita diibaratkan sebagai perhiasan dunia". Oleh itu, jaga peribadi dan hiasi akhlakmu dengan akhlak yang mulia..

Thursday, July 3, 2008

<<< KuPu - KuPu DaLaM KeHiDuPaN >>>

Kupu-kupu tetap indah, cantik dan menawan.Biar ketika ia hinggap di atas kembang, atau mengirai kelopak mengitari alam, malah ketika berada dalam balang.


Namun, kasihan kupu-kupu, badannya cantik dan mempesonakan tetapi kalau ditambah perkataan malam, maksudnya ke jurang hitam.Hakikatnya , kupu-kupu bukan semuanya keluar malam, sebilangannya sahaja yang gemar "berpeleseran" pada waktu demikian ,itupun kerana terpedaya oleh lampu di pinggir jalan.


Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang , hinggap pada bunga-bungaan, menghirup manisan yang tersembunyi di tengah-tengah.Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan yang segar.Siapapun pasti terlirik apabila terlihatkan kupu-kupu,siapapun ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikan kupu-kupu di hujung jarinya.


Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai, apabila sudah berderai, tiada siapa akan inginkannya lagi.Kupu-kupu pun terbiar….


Wahai diriku dan kupu-kupu,engkau dan aku ada persamaan,

Wahai diriku dan kupu-kupu ,engkau dan aku tamsilan kepada keindahan,

Wahai diriku dan kupu-kupu,engkau dan aku juga tamsilan kepada kerosakan dan kemusnahan…..


Demikian aku di jadikan Tuhan untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan Tuhan untuk menghiasi bunga-bungaan.Tanpa aku dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami.Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam a.s pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di Syurga.Bermohonlah baginda kepada Allah agar diberikan seorang teman, agar boleh dia berbicara,bersenda gurau dan membina sahsiahnya.Terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kirinya itu…

Ahhhh…, barulah terisi jiwa baginda dan barulah segala kenikmatan Syurga di sekelilingya terasa wujud..


Ternyata aku cukup perlu dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu untuk merealisasikan proses kehidupan manusia dan system pendebungaan.Tanpa permaisuri,siapalah lelaki yang bergelar raja itu,tanpa isteri siapalah yang bergelar suami,tanpa wanita siapalah pria yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah maskulin yang konon mahu digelar ayah itu?Tanpa aku kupu-kupu sudah tentu lelaki dan bunga menanti hari rebah , layu dan mati….


Tanpa Siti Khatijah, barangkali Rasulullah S.A.W tidak mendapat 'dorongan' yang amat di perlukannya.Bukankah banginda perlu terus berpegang teguh kepada keyakinannya.Bukankah baginda perlu terus menyebarkan Islam sebagaimana semestinya.Tanpa Aisyah , barangkali banyak Hadith Rasulullah s.a.w tidak sampai kepada umat Islam seluruhnya.Tanpa Fatimah Azzahrah, barangkali syaidina Ali tidak muncul sebagai khalifah yang amat berjasa.Tanpa Asiah , barangkali Nabi Musa a.s tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kuffur dan mengaku Tuhan itu.Tanpa Masyitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan matanya…


Dan tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari rahim seorang wanita….


Namun,seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh a.s telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran, seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah dan mengunyah hatinya, seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah s.a.w dan dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki.


Alangkah besar dan pentingnya peranan aku dalam kehiduoan lelaki,sebagaimana besar dan pentingnya peranan kupu-kupu dalam pembiakan tumbuh-tumbuhan.

Tetapi alangkah besar dan hebatnya perananku dalam merosakkan kehidupan lelaki..sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan dirinya sendiri dengan menerjah api……


Ayuh…wahai wanita siapkanlah dirimu sebagai muslimah sejati…kerana di sana besar nilainya untuk kita memiliki syurga…apa yang aku garapkan ini merupakan peringatan buat diriku jua kerana indahnya warna warni dunia mempersonakan seperti lampu2 malam mempersona dan menghancurkan kupu-kupu…begitulah jua kita..namun Allah menciptakan akal untuk kita memandu kehidupan dan di beri Al-Quran dan sunnah sebagai panduan yang abadi menujuNya

<<< WaNiTa SoLeHaH...MaMpUkAh AkU? >>>


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…


Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…


Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….


Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga...


Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….

Wednesday, July 2, 2008

<<< BeRsEdIaKaH AnDa ? >>>

Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?
Datangnya(mati) tidak pernah diundang.Yang pasti setiap yang bernyawa akan merasainya.
Allah telah menyebut dalam kitabNya yang agung :" Apabila datangnya ajal seseorang daripada kamu,ia tidak akan lewat dan cepat walau sesaat pun". (kalau ayat tak betul,boleh rujuk tafsir :P).. Oleh itu,beramallah kamu seolah2 kamu akan mati pada esok hari...{ambil dari pepatah arab sebenarnya,bila diterjemah dalam bm,mcm ni la maksudnyer :) }

***Orang yang selalu mengingati mati adalah orang yang bijak !
Ingatlah selalu agar kita mati dalam keimanan dan jangan biarkan "JIWA" kita mati dari
mengingati Al-Khaliq kita iaitu Allah S.W.T !

Monday, June 30, 2008

<<< NiLai SeBuaH KeMaaFaN >>>

Mengharap kemaafan dari manuasia adalah perkara yang sukar jika dibandingkan dengan kemaafan dari Allah S.W.T..Mengharap kemaafan dari Allah,dengan bertaubat nasuha dan berazam tidak akan mengulangi lagi kesalahan yang telah dilakukan.Akan tetapi,mengharap kemaafan dari manusia,hendaklah dengan bersua muka sehingga dia memaafankan kesalahan yang telah kita lakukan terhadapnya.

Sesetengah manusia,sukar bagi mereka untuk memberi kemaafan,dek kerana terikut2 dan terbawa2 sifat marah dan dendam.Tidakkah mereka tahu betapa besarnya nilai sebuah kemaafan itu?Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W yang ma'sum itu memaafkan umatnya,apatah lagi kita sebagai manusia yang hina di sisi Allah sukar untuk memberi kemaafan!Fikirkanlah,Allah itu Maha Pemaaf,manusia???

*** Berikanlah kemaafan kerana nilainya terlalu besar bagi manusia yang mengharapkan kemaafan dari kita..

*** Untuk mendapatkan bahan bacaan yang dapat menambahkan ilmu dan banyak memberi pedoman,saudara/saudari boleh layari : http://almuzakkir.blogspot.com

<<< DuGaaN >>>

Aku benar-benar tidak pasti mengapa hatiku begitu resah hari ini.Resah menantikan keputusan biasiswa yang telah aku minta pada semester lepas.Sedang aku leka membaca blog seorang kawan,tiba2 tone mesej telefonku berbunyi.Degupan jantung semakin kencang.Aku terfikir mungkin ini mesej dari kawan sekelasku.Tepat sekali apa yang terlintas di benak fikiranku.

" Result scholar dh kuar kt website!"
Betulkah apa yang aku baca ni?aku membacanya berkali-kali dan terus melayari laman web tersebut.Aku telah berfikir perkara yang bukan-bukan.Perlahan-lahan aku mencari "item" tersebut dan dengan telitinya aku menyemak senarai nama yang tersenarai atas kertas putih pada skrin laptopku.Ya Allah,benarkah semua ini?air mataku berlinangan,seolah-olah tidak percaya dengan senarai nama yang telah terpampang pada ruangan skrin itu.Namaku tidak tersenarai dalam calon yang berjaya untuk mendapat tawaran biasiswa itu!Aku terfikir sejenak sambil air mata membasahi pipi.Aku bermonolog sendirian."Apa yang menyebabkan aku tidak layak untuk mendapat biasiswa itu! setahu aku,dengan syarat2 permohonan yang telah diminta itu,layak untuk diriku memohon dan aku telah pun menduduki ujian kelayakan dan temuduga.Tapi mengapa?????

Tiba2 aku berasa berada dalam dakapan.Rupanya ibu yang mendakapku!Sayu aku melihat wajah ibu.Mungkin harapan yang telah aku & ibu harapkan sebelum ini telah hilang.Aku percaya,ibu memang seorang yang tabah & redha menghadapinya.Dulu,semasa kepulangan ayah ke rahmatullah,ibu tabah dan redha menghadapinya walaupun mungkin di sudut hati kecilnya ada terselit kesedihan..Inikan pula perkara yang sekecil ini.Ibu tersenyum lalu membisikkan di telingaku."Mungkin ini bukan rezeki kamu.Kita hanya merancang dan Allah itu sebaik perancang.Mungkin ada hikmah yang tersirat di sebaliknya.Kita kena redha dengan dan terima dengan hati yang terbuka dengan apa yang telah 'tertulis' untuk diri kita".

Kata-kata ibu itu,membuat aku sedar dan berfikir lagi.Aku fikir sedalam-dalamnya.Ya,benar sekali...Untuk apa aku hendak bersedih sampai tidak boleh untuk menerima kenyataan seperti orang yang tiada iman?Diriku masih lagi punyai iman.Mungkin tahap keimanan aku berada di tahap yang paling rendah yang membuaatkan aku berasa begitu.Bukan untuk menafikan kesedihan yang melanda,tapi kesedihan itu perlu ada batasnya.Aku telah temui jawapan ! Allah telah lama dan banyak memberi kesenangan untuk diriku sebelum ini.Mengapa dengan secalit ujian dan dugaan ini,aku tidak boleh sabar menghadapinya?Sedangkan Ummul Mukminin pada zaman rasulullah telah diuji dengan ujian yang lebih hebat! Mengapa mereka boleh tabah dan sabar menghadapinya dan aku tidak???

*** Ya Allah,maafkan diriku yang hina ini...Kuatkanlah imanku menghadapi segala ujian dariMU!Ameen Ya Rabb.