Thursday, July 3, 2008

<<< KuPu - KuPu DaLaM KeHiDuPaN >>>

Kupu-kupu tetap indah, cantik dan menawan.Biar ketika ia hinggap di atas kembang, atau mengirai kelopak mengitari alam, malah ketika berada dalam balang.


Namun, kasihan kupu-kupu, badannya cantik dan mempesonakan tetapi kalau ditambah perkataan malam, maksudnya ke jurang hitam.Hakikatnya , kupu-kupu bukan semuanya keluar malam, sebilangannya sahaja yang gemar "berpeleseran" pada waktu demikian ,itupun kerana terpedaya oleh lampu di pinggir jalan.


Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang , hinggap pada bunga-bungaan, menghirup manisan yang tersembunyi di tengah-tengah.Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan yang segar.Siapapun pasti terlirik apabila terlihatkan kupu-kupu,siapapun ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikan kupu-kupu di hujung jarinya.


Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai, apabila sudah berderai, tiada siapa akan inginkannya lagi.Kupu-kupu pun terbiar….


Wahai diriku dan kupu-kupu,engkau dan aku ada persamaan,

Wahai diriku dan kupu-kupu ,engkau dan aku tamsilan kepada keindahan,

Wahai diriku dan kupu-kupu,engkau dan aku juga tamsilan kepada kerosakan dan kemusnahan…..


Demikian aku di jadikan Tuhan untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan Tuhan untuk menghiasi bunga-bungaan.Tanpa aku dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami.Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam a.s pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di Syurga.Bermohonlah baginda kepada Allah agar diberikan seorang teman, agar boleh dia berbicara,bersenda gurau dan membina sahsiahnya.Terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kirinya itu…

Ahhhh…, barulah terisi jiwa baginda dan barulah segala kenikmatan Syurga di sekelilingya terasa wujud..


Ternyata aku cukup perlu dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu untuk merealisasikan proses kehidupan manusia dan system pendebungaan.Tanpa permaisuri,siapalah lelaki yang bergelar raja itu,tanpa isteri siapalah yang bergelar suami,tanpa wanita siapalah pria yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah maskulin yang konon mahu digelar ayah itu?Tanpa aku kupu-kupu sudah tentu lelaki dan bunga menanti hari rebah , layu dan mati….


Tanpa Siti Khatijah, barangkali Rasulullah S.A.W tidak mendapat 'dorongan' yang amat di perlukannya.Bukankah banginda perlu terus berpegang teguh kepada keyakinannya.Bukankah baginda perlu terus menyebarkan Islam sebagaimana semestinya.Tanpa Aisyah , barangkali banyak Hadith Rasulullah s.a.w tidak sampai kepada umat Islam seluruhnya.Tanpa Fatimah Azzahrah, barangkali syaidina Ali tidak muncul sebagai khalifah yang amat berjasa.Tanpa Asiah , barangkali Nabi Musa a.s tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kuffur dan mengaku Tuhan itu.Tanpa Masyitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan matanya…


Dan tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari rahim seorang wanita….


Namun,seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh a.s telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran, seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah dan mengunyah hatinya, seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah s.a.w dan dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki.


Alangkah besar dan pentingnya peranan aku dalam kehiduoan lelaki,sebagaimana besar dan pentingnya peranan kupu-kupu dalam pembiakan tumbuh-tumbuhan.

Tetapi alangkah besar dan hebatnya perananku dalam merosakkan kehidupan lelaki..sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan dirinya sendiri dengan menerjah api……


Ayuh…wahai wanita siapkanlah dirimu sebagai muslimah sejati…kerana di sana besar nilainya untuk kita memiliki syurga…apa yang aku garapkan ini merupakan peringatan buat diriku jua kerana indahnya warna warni dunia mempersonakan seperti lampu2 malam mempersona dan menghancurkan kupu-kupu…begitulah jua kita..namun Allah menciptakan akal untuk kita memandu kehidupan dan di beri Al-Quran dan sunnah sebagai panduan yang abadi menujuNya

No comments: