Sunday, July 27, 2008

<<< AmaLkaN >>>

Saturday, July 19, 2008

<<< SiBuK >>>

Sudah lama rasanya tidak menjengah blog ini apatah lagi untuk menulis entri baru. Kesibukan yang aku alami beberapa minggu yang lalu terutamanya minggu utk "meng-add&drop"subjek, menyebabkan aku memang tidak punya masa untuk menjengah blog ini.Kesibukan memang mengajar aku untuk benar-benar menghargai masa walaupun sesaat. Moga-moga kesibukan yang Allah beri kepadaku ini (mungkin untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan nilai masa kepadaku) dapat aku memanfaatkannya dengan pekara-perkara yang berfaedah dan agar aku tidak melupaiNya dalam ke'sibukan' duniawi ini.Na'uzubillah... Moga-moga aku tidak tergolong dalam orang-orang yang lalai untuk mengingati Al-Khaliq !

Thursday, July 10, 2008

<<< Ya Allah Ya RaBBi >>>


Jika dosa-dosaku adalah besar dan banyak…Ampunilah..Aku mengetahui bahawa ampunanMu lebih besar dari segalanya.Sekiranya engkau hanya mengampuni dosa-dosa orang yang baik,kepada siapa orang yang telah banyak melakukan dosa ingin meminta pelindungan dan mengharapkan kemaafan? Aku tahu dalam asma'Mu terkandung perkataan Al-Rahman & Al-Rahim yang menunjukkan engkau sememangnya pemurah untuk memberi kemaafan kepada hambaMu yang bertaubat..Aku berdo’a kepadaMu Rabbi dengan tunduk dan patuh sebagaimana yang telah Engkau perintahkan.Jika Engkau menolak kedua tanganku, lalu siapa lagi yang sanggup dan boleh merahmatiku?Ya Rabbi, senjataku hanyalah air mata dan doaku tidak mempunyai apa-apa selain harapan…Dan indahnya rahmat kemaafan yang telah engkau berikan serta nikmat Iman dan Islam kepada diriku.Semoga nikmat yang telah engkau anugerahkan itu akan berkekalan sehingga aku menghembuskan nafas yang terakhir dengan kalimah "LAILAHA ILLA ALLAH...MUHAMMAD RASULULLAH"... Ameen..

Wednesday, July 9, 2008

<<< DoA MenJaDi OrAnG Yg SaBaR >>>



*** Amalkan doa ini selalu supaya mudah-mudahan kita akan tergolong dalam golongan orang yang sabar.Ameen...

Saturday, July 5, 2008

<<< BuaTmu SeRikAnDi CinTa AllaH >>>

Assalamualaikum.....



"KEPADA SI MAWAR IDAMAN,KU DOAKAN KAU MEKAR DITAMAN,DIAKARI RASA BERTUHAN,DIHIASI HARUMAN AKHLAK DAN IMAN,KERANA ITULAH UKURAN JELITANYA SEORANG WANITA,WAHAI TEMAN...."



Siapalah aku untuk menasihatkan dirimu "wanita akhir zaman" kerana aku jua sepertimu memiliki rasa yang sama dan fitrah semula jadi yang sama.Lemah lembutnya kita bukanlah diskriminasi PENCIPTA namun inilah tanda kasih sayangNya terhadap kita yang lemah...


Namun dalam kelemahan ada kekuatan yang tidak mampu ditandingi kaum gagah Adam.Allah titipkan hati yang rapuh kepada kita lalu dikuatkannya dengan peringatanNya dari karya agung yang tiada tandingan iaitu Al-Qur'an.Lemahnya kita kerana tidak mampu ke medan jihad namun digantikan tempat yang tinggi buat kita kerana dari rahim-rahim wanita solehahlah lahirnya mujahid-mujahid dakwah perjuang agama yang Haq..


Benarlah kata pepatah "Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan seluruh isi dunia"Diperkemaskan lagi dengan hadith Nabi SAW yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya:"siapakah yang paling berhak untuk aku berbakti?"jawab baginda:"Ibumu!"tanya lelaki itu lagi :"kemudian siapa?"jawab baginda:"Ibumu!"tanya lelaki itu:"kemudian siapa?"jawab baginda :"Ibumu!"tanya lelaki itu lagi:"kemudian siapa?"jawab baginda:"kemudian itu,bapamu!"(HR.Bukhari)


Namun ,tanpa kita sedari golongan kitalah yang paling ramai didalam neraka milik Allah...Inilah yang membuatkan terpanggilnya aku untuk berkongsi apa yang telah ku baca...kerana aku sendiri resah seandainya akulah salah seorang calon penghuni Neraka....kerana bukan mudah buat kita untuk menjadi Serikandi Cinta Allah tika kemodenan dan kepalsuan dunia membuatkan kita lemas didalamnya....


"Mampukah kita menjadi Serikandi Cinta Allah hari ini?"persoalan demi persoalan semua jawapannya ada pada kita berdasarkan panduan yang di tinggalkan oleh junjungan Besar kita Rasulullah SAW iaitu Al-Qur'an dan As-sunnah.


Siapalah kita untuk mengharap syurga Allah,namun sanggupkah kita menerima azab NerakaNya???


Setiap mukminin pastinya menyimpan hasrat yang besar ini memiliki manisnya nikmat Syurga Allah kerana inilah fitrah insani.Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang perkara ini dengan sabdanya:

"Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah Fuqara (orang miskin) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita"(HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain dari keduanya)


Tetapi mengapa ??jika di cartakan pastinya jaguh penjara ataupun pusat serenti adalah lelaki,pembunuh,perogol dan lain-lain begitu sinonim dengan mereka.Adakah hukum Allah tidak adil?diskriminasikah undang-undang dunia?tepat sekali sepertimana yang di tegaskan oleh ulama yang bermaksud:

"Manusia menghukumi secara zahir tetapi Allah menghakimi perkara yang tersembunyi".

Ditegaskan lagi dengan hadith nabi yang berbunyi:Daripada Abu Hurairah RA Berkata:Bersabda Rasulullah SAW,yang bermaksud:"Apabila seorang perempuan solat sehari semalam lima waktu dan berpuasa pada setiap Ramadhan dan memelihara farajnya dari fitnah dan mentaati suaminya nescaya dikata baginya di akhirat kelak :Masuklah kamu ke dalam Syurga dari mana-mana pintu Syurga yang kamu kehendaki".


Lihatlah,betapa mudahnya seorang wanita untuk memasuki syurga Allah berbanding lelaki,sedangkan wanitalah golongan minoriti di Syurga kelak.Janji Allah itu pasti dan benar.


Dari Imran bin Husain dia berkata Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita".(HR.Muslim dan Ahmad)


Maka menjadi kewajipan bagi kita untuk mengenal siapakah yang bakal menghuni neraka dan apakah ciri-ciri mereka supaya virus pemusnah ini tidak tercalit dalam diri kita.Berusahalah untuk menyuntik vaksin Al-Qur'an dan As-Sunnah agar dapat menyedut nyamannya Kasih Allah,masih belum terlewat bagi kita memperbaiki diri selagi nyawa belum sampai ke kerongkong,kerapkanlah mentadabbur ayat-ayat Allah mengenai neraka dan azab yang tersedia didalamnya.


Firman Allah dalam Al-Qur'an:

"Hai orang-orang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat -malaikat yang kasar ,yang keras,yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"(At-Tahrim ayat :6)


Dalam hadith lainnya,Rasulullah SAW menegaskan tentang tanda-tanda wanita penghuni neraka,Baginda bersabda:".....Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka ini telanjang,melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya,kepala mereka seakan-akan bonggol Unta.Mereka ini tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian".


*** "Wanita diibaratkan sebagai perhiasan dunia". Oleh itu, jaga peribadi dan hiasi akhlakmu dengan akhlak yang mulia..

Thursday, July 3, 2008

<<< KuPu - KuPu DaLaM KeHiDuPaN >>>

Kupu-kupu tetap indah, cantik dan menawan.Biar ketika ia hinggap di atas kembang, atau mengirai kelopak mengitari alam, malah ketika berada dalam balang.


Namun, kasihan kupu-kupu, badannya cantik dan mempesonakan tetapi kalau ditambah perkataan malam, maksudnya ke jurang hitam.Hakikatnya , kupu-kupu bukan semuanya keluar malam, sebilangannya sahaja yang gemar "berpeleseran" pada waktu demikian ,itupun kerana terpedaya oleh lampu di pinggir jalan.


Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang , hinggap pada bunga-bungaan, menghirup manisan yang tersembunyi di tengah-tengah.Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan yang segar.Siapapun pasti terlirik apabila terlihatkan kupu-kupu,siapapun ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikan kupu-kupu di hujung jarinya.


Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai, apabila sudah berderai, tiada siapa akan inginkannya lagi.Kupu-kupu pun terbiar….


Wahai diriku dan kupu-kupu,engkau dan aku ada persamaan,

Wahai diriku dan kupu-kupu ,engkau dan aku tamsilan kepada keindahan,

Wahai diriku dan kupu-kupu,engkau dan aku juga tamsilan kepada kerosakan dan kemusnahan…..


Demikian aku di jadikan Tuhan untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan Tuhan untuk menghiasi bunga-bungaan.Tanpa aku dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami.Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam a.s pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di Syurga.Bermohonlah baginda kepada Allah agar diberikan seorang teman, agar boleh dia berbicara,bersenda gurau dan membina sahsiahnya.Terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kirinya itu…

Ahhhh…, barulah terisi jiwa baginda dan barulah segala kenikmatan Syurga di sekelilingya terasa wujud..


Ternyata aku cukup perlu dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu untuk merealisasikan proses kehidupan manusia dan system pendebungaan.Tanpa permaisuri,siapalah lelaki yang bergelar raja itu,tanpa isteri siapalah yang bergelar suami,tanpa wanita siapalah pria yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah maskulin yang konon mahu digelar ayah itu?Tanpa aku kupu-kupu sudah tentu lelaki dan bunga menanti hari rebah , layu dan mati….


Tanpa Siti Khatijah, barangkali Rasulullah S.A.W tidak mendapat 'dorongan' yang amat di perlukannya.Bukankah banginda perlu terus berpegang teguh kepada keyakinannya.Bukankah baginda perlu terus menyebarkan Islam sebagaimana semestinya.Tanpa Aisyah , barangkali banyak Hadith Rasulullah s.a.w tidak sampai kepada umat Islam seluruhnya.Tanpa Fatimah Azzahrah, barangkali syaidina Ali tidak muncul sebagai khalifah yang amat berjasa.Tanpa Asiah , barangkali Nabi Musa a.s tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kuffur dan mengaku Tuhan itu.Tanpa Masyitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan matanya…


Dan tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari rahim seorang wanita….


Namun,seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh a.s telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran, seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah dan mengunyah hatinya, seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah s.a.w dan dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki.


Alangkah besar dan pentingnya peranan aku dalam kehiduoan lelaki,sebagaimana besar dan pentingnya peranan kupu-kupu dalam pembiakan tumbuh-tumbuhan.

Tetapi alangkah besar dan hebatnya perananku dalam merosakkan kehidupan lelaki..sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan dirinya sendiri dengan menerjah api……


Ayuh…wahai wanita siapkanlah dirimu sebagai muslimah sejati…kerana di sana besar nilainya untuk kita memiliki syurga…apa yang aku garapkan ini merupakan peringatan buat diriku jua kerana indahnya warna warni dunia mempersonakan seperti lampu2 malam mempersona dan menghancurkan kupu-kupu…begitulah jua kita..namun Allah menciptakan akal untuk kita memandu kehidupan dan di beri Al-Quran dan sunnah sebagai panduan yang abadi menujuNya

<<< WaNiTa SoLeHaH...MaMpUkAh AkU? >>>


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…


Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…


Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….


Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga...


Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….

Wednesday, July 2, 2008

<<< BeRsEdIaKaH AnDa ? >>>

Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?
Datangnya(mati) tidak pernah diundang.Yang pasti setiap yang bernyawa akan merasainya.
Allah telah menyebut dalam kitabNya yang agung :" Apabila datangnya ajal seseorang daripada kamu,ia tidak akan lewat dan cepat walau sesaat pun". (kalau ayat tak betul,boleh rujuk tafsir :P).. Oleh itu,beramallah kamu seolah2 kamu akan mati pada esok hari...{ambil dari pepatah arab sebenarnya,bila diterjemah dalam bm,mcm ni la maksudnyer :) }

***Orang yang selalu mengingati mati adalah orang yang bijak !
Ingatlah selalu agar kita mati dalam keimanan dan jangan biarkan "JIWA" kita mati dari
mengingati Al-Khaliq kita iaitu Allah S.W.T !